Monday, November 22, 2010

Ramalan Yang Mengena BM Kertas 1

Kertas 1 Bahasa Melayu baru sahaja berlalu pagi tadi. Apa yang mengujakan saya ialah apabila mendapat panggilan telefon dari pelajar bahawa semua tajuk yang telah dibincang sebelum SPM ternyata keluar semuanya. Perasaan gembira yang tidak terhingga membenih dalam naluri..Wah betapa hebat murid-murid saya seseungguhnya. Bukan persoalan ramalan cikgu tu tepat akan tetapi kamu sudah berusaha dengan keras sejak awal tahun lagi. Buktikan petang ini, Kertas 2, harapa tajuk-tajuk yang cikgu sudah bincang di kelas akan keluar SPM.

Saturday, November 20, 2010

Dharmawijaya & Di Ruang Gemanya

Secara peribadi, saya mengenali penyair Dharmawijaya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Kebanyakan sajak beliau, kami jadikan sebagai lagu puisi. Puisi beliau memang sarat dengan pemikiran dan persoalan yang boleh membentuk jati diri manusiawi. Sajak Di Ruang Gemanya merupakan salah satu karya beliau yang sangat baik dan bermakna.

Dari aspek tema, sajak ini memapakarkan tema kecintaan dan kesetiaan penyair kepada tanah air yang tidak berbelah bahagi. Di pundak penyair rasa cinta dan setianya adalah pengorbanan dan sumbangan yang tidak ternilai harganya.

Apakah persoalan sajak ini?
a. Perasaan cianta yang tidak berbelah bahagi
b. Kerjasama antara rakyat
c.Menghargai pengorbanan generasi tua

Jelaskan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.
a. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik agar timbul rasa kasih dan setia kepada negara.
b.hendaklah bertanggungjawab mengekalkan kesejahteraan negara
c.jangan sesekali berpaling tadah

Wednesday, November 17, 2010

Ramalan Novel SPM 2010

(a) Huraikan dua teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang sesebuah novel yang anda pelajari. (7 markah)

Perhatian kepada calon:

Untuk menjawab soalan ini, calon harus memahami/mengetahui dengan terperinci teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang. Selain itu, calon juga haruslah memberikan contoh yang sesuai (bukan dibuat-buat) dalam setiap teknik penceritaan dalam novel yang dikaji. Soalan seperti ini belum diuji dalam peperiksaan SPM sebenar.

Skema Jawapan:

Novel Terminasl Tiga karya Othman Puteh
i. Teknik imbas kembali - contoh-semasa di dalam pesaway Rimpa mengimbas kembali peristiwa ibunya menghalangi pemergiannya ke Akademi Seni Kebangsaan di Kuala Lumpur.

ii. Teknik kejutan - contohnya -pembaca terkejut apabila Ruzaini muncul di ASK dan bekerja sebagai jurutaip. Timbul persoalan adakah Ruzaini tersebut adalah orang yang sama atau bagaimana?

Novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.
i. Teknik imbas kembali - contohnya -Awanis mengimbas kembali peristiwa kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya.

ii. Teknik saspens -contohnya pembaca tertanya-tanya sama ada Anita akan diterima oleh ibu bapa kandungnya ataupun tidak.

Perhatian calon: Untuk menjawab soalan ini, setiap calon hendaklah menghuraikan setiap teknik penceritaan tersebut dengan ayat yang lengkap dan gramatis. Calon hanya boleh menghuraikan sebuah novel sahaja. Kalau didapati calon jawab dua buah novel, pemeriksa hanya memeriksa sebuah novel sahaja. Jika ianya berlaku yang rugi ialah calon itu sendiri (berhati-hati)

(B) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel (8 markah).

Teknik menjawab:
Calon perlu menjelaskan tiga pengajaran beserta contohnya dari setiap novel yang telah dikaji. Kebolehan calon menggunakan frasa 'hendaklah', 'mestilah', dan 'janganlah' akan dapat memberikan manfaat kepada calon.

Skema Jawapan:

Novel Terminal Tiga karya Othman Puteh

1. Kita hendaklah taat kepada perintah Tuhan walau di mana sahaja kita berada.
contoh : Sbelum berangkat pulang ke Sabah, Rimpa menunaikan solat maghrib di surau di terminal 3.

2. Kita hendaklah berjimat cermat dalam kehidupan.
Contoh : Rimpa menaiki pesawat malam untuk menjimatkan kos

3. Seorang anak hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.
Contoh : Rimpa pulang ke Sabah untuk mencari ayahnya yang dikatakan berada di Nabawan.

4. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan.
Contoh : Bang Maily dan rakan-rakan Rimpa selalu membantu Rimpa dari segi kewangan

5. Anak gadis janganlah mudah percaya kepada kata-kata manis orang.
Contoh: Ruzaini meninggalkan keluarganya kerana terpengaruh dgn kata-kata pendakwah yang datang ke kampungnya.

6. Setiap akhli keluarga haruslah mempunyai perasaan kasih sayang.
Contoh: Rimpa sayang kepada ibu dan adik-adiknya dan dia pulang ke Sabah pada masa cuti untuk menjenguk keluarganya.

Novel Seteguh Karang

1.Setiap ahli keluarga haruslah mempunyai kasih sayang yang sama rata.
Cth: Awanis menyayangi anita walaupun Anita hanya anak angkat dalam keluarganya.

2.Setiap remaja haruslah tabah menghadapi cabaran
Cth: Awqanis tabah menghadapi karenah Encik Johari yang suka membulinya seperti menyuruhnya menunggang motosikal tanpa brek.

3.Msykt haruslah menghindari sikap suka menjaga tepi kain orang.
Cth: Kak Sofia dan Kak Maznah suka mengusik hubungan antara Awanis dgn Wan Asri

4.Kita janganlah mempercayai kepercayaan karut yang boleh memecah belahkan keluarga.
Cth: Encik Lee menyerahkan anaknya keapa org lain kerana percaya anaknya pembawa sial kepada perniagaannya.

5.Kita haruslah rajin bekerja untuk mencari rezeki.
Cth: Bambang, Budi buruh Indonesia yang rajin bekerja di ladang kelapa sawit.

6.Remaja haruslah bijak berdikari dalam meneruskan kehidupan.
Cth: Awanis mendaftar di ITM seorang diri kerana ayah dan ibunya telah meninggal dunia.


Calon-calon SPM SMK Narinang..sila jawab dua soalan tersebut berpandukan skema yang telah dipaparkan dan hantar jawapan anda melalui email. Cepat..masa dan semakin singkat tapi masa sempat lagi bah..

Boleh bah kalau kau...


Yang ditunggu-tunggu akhir muncul jua akhirnya....?

Salam 1Malaysia kepada semua calon SPM 2010 terutama sekali kepada murid-murid cikgu kelas 5A, 5C dan 5H.. Cikgu sebenar berasa tidak puas hati kerana masa cikgu bersama-sama dengan kamu semua sangat singkat. Masih terlalu banyak perkara yang cikgu sampaikan kepada anda semua. Namun, masa tidak menunggu sesiapa. Masa terus berlalu tanpa memberikan amanat kepada kita. itulah haikkat kehidupan kita. Oleh itu, cikgu mengharapkan semua anak-anak didik cikgu dapat memberikan fokus terhadap SPM khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu kerana pada hemat cikgu mata pelajaran inilah yang akan menentukan sejauh mana kejayaan anda dalam peperiksaan SPM. Jatuh bangunnya dan maju mundurnya sekolah kita ditentukan oleh mata pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu berasa bangga dengan semangat dan tekad yang membara dalam diri pelajar-pelajar cikgu. Laungan semangat dan kata-kata motivasi SAYA CEMERLANG, SMKN GEMILANG akan terus bergema dalam setiap sanubari anda semua.
Akhirnya, yang anda ditunggu-tunggu datang jua di depan pintu 23 November 2010. Pastinya kesilapan semasa percubaan yang lalu tidak berulang kembali.

Ayuh..pasti kemenangang di pihak kita.

Wednesday, November 3, 2010

Teknik Menjawab Soalan KBKK

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tinggal beberapa hari lagi, SPM bakal menjelang tiba. Sama ada pelajar telah bersedia ataupun tidak..SPM pasti datang.

Dalam pengamatan saya..antara kelemahan pelajar menjawab soalan bahagian 2 (a) hingga 2(d) ialah soalan yang berhubung kait dengan soalan KBKK. Soalan KBKK biasanya menguji kemampuan dan kematangan pelajar menyampaikan atau menyatakan pendapat yang kritis, bernas. Namun hakikatnya, hingga kini (melalui excel 1 dan percubaan BM SPM) yang telah dijalankan di sekolah saya, masih terdapat kelemahan yang cukup ketara. Jika pelajar tidak dapat memberikan pendapat yang bernas sudah sudah markah yang akan diperoleh juga tidak memuaskan. Oleh sebab itu, dalam kesempatan ini, saya akan memberikan skema jawapan yang berhubung kait dengan soalan KBKK. Saya harap calon SPM 2010 mendapat manfaat daripada bahan ini.

Bagi kategori komsas soalan 2(b) rata-rata negeri meramalkan cerpen Lambaian Malar Hijau yang akan disoal dalam SPM. Sama ada betul atau tidak, pelajar harus menghayati dan menguasai semua aras soalan yang akan disoal.

Contoh Soalan KBKK:

Pada pendapat anda, apakah kepentingan hutan kepada kita?
- mengekalkan keseimbangan ekosistem
-memelihara flora dan fauna
-mengelakkan kejadian tanah runtuh
-mengawal iklim dan suhu

Jika anda di tempat Daneng, apakah yang akan anda lakukan untuk mengatasi masalah pembalakan secara haram di tempat anda?
- menghubungi pihak berkuasa dan memberitahu mereka tentang pembalakan haram yang berlaku.
-belajar dengan bersungguh-sungguh kerana melalui pelajaranlah saya akan mendapat jawatan seperti Pegawai Perhutanan bagi membendung masalah ini.
-cuba menyedarkan masyarakat tentang kesan-kesan aktiviti pembalakan haram.

Andaikan anda Daneng, apakah pandangan anda terhadap sikap Cikgu Jo?
- seorang guru yang mementingkan pelajaran
-bijak memberikan nasihat kepada pelajarnya
-penyayang terhadap pelajarnya
-sanggup berkorban/gigih sehingga sanggup pergi ke perkampungan orang asli

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat orang asli seperti Daneng perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan moden?
- supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia
-dapat mengubah/meningkatkan taraf hidup
-masa depan mereka akan terjamin
-tidak dipandang rendah oleh kaum lain


Kepada pelajar-pelajar atau guru BM yang mahu koleksi soalan KBKK Lambaian Malar Hijau..sila hantar email kepada saya secepat mungkin..saya akan email semua soalan KBKK komsas yang belum pernah keluar dalam SPM.