Wednesday, April 23, 2014

Persediaan Menghadapi Peperiksaan Semester 1 2014

Salam perjuangan kepada semua calon SPM 2014.

Sedikit masa lagi, anda akan menghadapi peperiksaan Semester 1. Dalam tulisan cikgu pada kali ini, cikgu akan memperkatakan aspek novel yang perlu diberikan tumpuan oleh pelajar.  Antara aspek novel yang perlu diberikan penekanan ialah pengajaran, konflik antara watak utama dengan watak sampingan, latar masyarakat dan nilai. Sebagai latih tubi, sila jawab soalan-soalan berikut:

a. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang diketengahkan dalam novel tersebut. (7 markah)

b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua persamaan latar masyarakat dalam novel tersebut. (8 markah)

Selamat belajar.