Salam perjuangan kepada semua calon SPM 2014.
Sedikit masa lagi, anda akan menghadapi peperiksaan Semester 1. Dalam tulisan cikgu pada kali ini, cikgu akan memperkatakan aspek novel yang perlu diberikan tumpuan oleh pelajar. Antara aspek novel yang perlu diberikan penekanan ialah pengajaran, konflik antara watak utama dengan watak sampingan, latar masyarakat dan nilai. Sebagai latih tubi, sila jawab soalan-soalan berikut:
a. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang diketengahkan dalam novel tersebut. (7 markah)
b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua persamaan latar masyarakat dalam novel tersebut. (8 markah)
Selamat belajar.
Wednesday, April 23, 2014
Saturday, April 13, 2013
Pecutan April...
Kepada semua anak-anak didik sekalian, mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidaklah sesukar mana seandainya pelajar bermula lebih awal. Kini anda melalui bulan April yang bermakna sudah empat bulan anda mengisi pelbagai program tahun 2013. Adakah anda sudah bersedia atau masih diapung mimpi 2012, hanya anda yang tahu jawapannya. Sebaiknya, mulalah memecut dari sekarang. Jangan tunggu lama ya...
Wednesday, February 13, 2013
Mencari Bintang
Sejak akhir-akhir ini banyak program yang berkaitan dengan pencarian seorang bintang yang mempunyai pakej menarik, lengkap dan memberikan aura kepada industri seni tanah air. Program seperti ini sememangnya mendapat tarikan yang hebat daripada golongan muda. Sebagai seorang pelajar pula, sesungguhnya anda juga seharusnya seperti golongan muda yang lain iaitu mempunyai cita-cita yang tinggi melangit untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan terbilang dalam peperiksaan SPM 2013. Gali dan usahakan matlamat anda. Pasti semuanya menjadi realiti. Teringat kata-kata yang berbunyi "orang yang menabur sambil mencucurkan air mata akan pulang dengan kemenangan'. Anda bagaimana..ni kalilah!
Salam hormat. Bersambung coretan seterusnya
Salam hormat. Bersambung coretan seterusnya
Monday, November 5, 2012
Tahniah...Calon SPM 2012
Cikgu ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon SPM SMK Narinang yang telah memberikan komitmen yang sangat luar biasa semasa menjawab soalan BM SPM kelmarin. Cikgu telah memberikan semua bahan yang diperlukan kepada anda semua. Semua soalan yang telah disoal kelmarin sudah pun dijawab dalam siri latih tubi yang dijalankan sebelum ini. Yang pasti, anda akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam BM SPM 2012.
Sunday, October 14, 2012
ANALISIS
KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012
RUMUSAN,
PEMAHAMAN UMUM & KOMSAS, TATABAHASA & NOVEL
BIL
|
NEGERI/
DAERAH/ ZON/ SEKOLAH
PILIHAN DLL.
|
RUMUSAN
|
PROSA MODEN 2(b)
|
PROSA KLASIK 2(c)
|
PUISI
2(d)
|
TB
3(a)
|
TB 3
(b)
|
TB
3(e)
|
NOVEL
4(a) & (b)
|
1.
|
SBP
|
Usaha-usaha
meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kesan-kesan usaha tersebut kepada
negara.
|
Cerpen
Penanggungan (T5)
|
Merah
Silu (T4)
|
Sajak
Kecek V (T5)
|
- lama
-
berlama-lama
-
lama-kelamaan
- jauh
-
menjauh
-
kejauhan
|
Dialog
ke cakap pindah
|
Bina
perenggan karangan menggunakan 3 daripada 4 peribahasa yang diberi.
|
(a) Dua
peristiwa menarik dan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.
(b)
Satu latar masyarakat dalam dua novel.
|
2.
|
Kedah
|
Langkah
pencegahan kes-kes kekejaman terhadap kanak-kanak dan manfaatnya.
|
Cerpen
Pahlawan Buntung (T5)
|
Merah
Silu (T4)
|
Sajak
Adat Sezaman (T4)
|
-
memelihara
-
memulihara
-
menambah
-
menambak
-
menjirus
-
menjurus
|
Pisahkan
ayat majmuk.
|
Nyatakan
peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog.
|
(a)
Peleraian cerita daripada sebuah novel.
(b)
Satu pengajaran bagi dua novel.
|
3.
|
Sabah (SMKN)
|
Impak
negatif penggunaan aplikasi jaringan sosial dan cara-cara mengatasi ketagihan
penggunaannya
|
Cerpen
Mellisa (T4)
|
Hikayat
Indera Nata (T4)
|
Sajak
Dirgahayu Bahasaku (T5)
|
-pascamerdeka
-
pascakolonial
-
pascanilai
-pascapenjajah
-
pascamatang
-pascasiswazah
|
Ayat
pasif kepada ayat aktif
|
Kemukakan
tiga peribahasa menggambarkan situasi dalam petikan.
|
(a) Dua
peristiwa yang menggambarkan nilai bertanggungjawab dalam sebuah novel.
|
4.
|
Terengganu
|
Punca
yang boleh menyebabkan penyakit dan kesan penyakit terhadap kehidupan
manusia.
|
Cerpen
Hutan Rimba (T5)
|
Hikayat
Khoja Maimun (T4)
|
Sajak
Bangkitlah (T5)
|
- setempat
-
bertempat
-
menempatkan
- lurus
-
berselurus
-
melurus
|
Nyatakan
jenis-jenis ayat
|
Tulis
satu ayat bagi setiap peribahasa.
|
(a) Dua
nilai tanggungjawab dalam satu novel.
(b)
Satu latar masyarakat dalam dua novel.
|
5.
|
Sekolah-sekolah Yayasan
Islam Kelantan (YIK)
|
Faedah-faedah
amalan berjoging dan kekangan yang dihadapi oleh masyarakat untuk berjoging.
|
Cerpen
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong (T5)
|
Hikayat
Indera Nata (T4)
|
Sajak
Kecek V (T5)
|
- hak
asasi
- hak cipta
- hak
istimewa
- hak
mengundi
- hak
mutlak
- hak
pusaka
|
Bina
ayat tanya daripada ayat penyata
|
Isi
tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
|
(a) Dua
Konfik watak utama dan bagaimanakah ia diselesaikan olehnya.
(b)
Satu peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang dalam dua novel.
|
6.
|
Negeri Sembilan
|
Peranan
remaja sebagai modal insan negara dan kekangan dalam mencapainya.
|
Cerpan
Hutan Rimba (T5)
|
Pelayaran
yang penuh peristiwa (T4)
|
Sajak
Di bawah langit yang sama (T5)
|
-
tembok - tembuk
- telur
- telor
-
tempoh - tempuh
|
Tukarkan
perbualan ke dalam bentuk cakap pindah.
|
Tulis
ayat bagi setiap peribahasa.
|
(a)
Kesesuaian pemilihan judul sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi
kandungan novel. Buktikan.
(b)
Tiga latar masyarakat dalam satu novel.
|
7.
|
Johor (Sebuah sekolah)
|
Langkah-langkah
memperkukuh tradisi hidup berjiran dan kepentingan hidup berjiran.
|
Cerpen
Ibu dan Ceper (T4)
|
Merah
Silu (T4)
|
Syair
Makna Riak (T5)
|
- merah
jambu - jambu merah
- sawah
padi - padi sawah
- orang
ramai - ramai orang
|
Nyatakan
jenis-jenis ayat (penyata, tanya, seruan atau perintah)
|
Nyatakan
3 peribahasa yang sesuai dengan petikan.
|
(a) Dua
latar tempat bagi sebuah novel.
(b)
Tiga nilai kemanusiaan daripada sebuah novel.
|
8.
|
WPLabuan
|
Peranan
kerajaan membantu wanita dan masalah jika wanita dipinggirkan dalam
masyarakat.
|
Cerpen
Idola (T4)
|
Opu
Daeng Menambun (T5)
|
Sajak
Dirgahayu Bahasaku (T5)
|
- daya
saing
- cetak
rompak
-
berbelah bahagi
-
bercampur aduk
-
mengambil alih
- membaik
pulih
|
Ayat
biasa kepada ayat songsang
|
Nyatakan
peribahasa yang sesuai dengan ayat
|
(a)
Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang
terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
(b)
Huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai bertanggungjawab dalam
dua novel.
|
9.
|
Selangor DE
|
Sebab-sebab
berlakunya pencemaran air dan usaha-usaha untuk mengatasi masalah pencemaran
air.
|
Cerpen
Hutan Rimba (T5)
|
Pelayaran
yang penuh peristiwa (T4)
|
Sajak
Di bawah langit yang sama (T5)
|
-
menggulai
-
menumis
-
menggoreng
-
menyiang
-
memotong
-
mencantas
|
Tukarkan
ayat songsang kepada ayat susunan biasa.
|
Isi
tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
|
(a) Dua
latar tempat serta peristiwa yang dikaitkan dengan latar tempat tersebut
dalam sebuah novel.
(b) Dua
teknik plot dalam sebuah novel.
|
10.
|
Kelantan
|
Faktor-faktor
pencemaran air dan kesan-kesan pencemaran air kepada manusia.
|
Cerpen
Ibu dan Ceper (T4)
|
Merah
Silu (T4)
|
Sajak
Di bawah langit yang sama (T5)
|
- lukis
-
melukis
-
melukiskan
-
terlukis
-
lukisan
-
pelukisan
|
Tukarkan
cakap pindah kepada cakap ajuk.
|
Nyatakan
peribahasa lain yang sama maknanya dengan peribahasa yang diberikan.
|
(a) Dua
peristiwa yang berkaitan dengan persoalan ketabahan watak utama dalam satu
novel.
(b)
Latar masyarakat dalam dua novel.
|
11.
|
Pulau Pinang
|
Kelebihan
makan bersama-sama dengan keluarga dan halangan untuk mengamalkannya.
|
Cerpen
Pahlawan Buntung (T5)
|
Pelayaran
yang penuh peristiwa (T4)
|
Sajak Mengintai
ruang insaf (T4)
|
Bina
dua ayat:
-
hangat
-
genting
- gugur
|
Tukar
kepada ayat bersusunan songsang
|
Kemukakan
peribahasa yang sesuai dengan ayat
|
(a)
Huraikan dua situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat
dalam sebuah novel.
(b)
Satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama dalam dua novel.
|
12.
|
Pahang
|
Usaha-usaha memupuk perpaduan
dan kepentingannya.
|
Cerpen Penanggungan (T5)
|
Pelayaran yang penuh peristiwa
(T4)
|
Sajak Bangkitlah (T5)
|
- mabuk laut
- lipat ganda
- pindah tangan
- tahan lasak
- harga borong
- sumpah seranah
|
Ayat biasa kepada ayat songsang
|
Nyatakan peribahasa yang sama
maksud
|
(a) Huraikan nilai
keberanian yang terdapat dalam sebuah novel.
(b) Huraikan satu persamaan
teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
13.
|
MRSM
|
Peranan kaum wanita terhadap
pembangunan negara dan langkah-langkah memperkasakan peranan tersebut.
|
Cerpen Pahlawan Buntung (T5)
|
Hikayat Langlang Buana (T5)
|
Sajak Mahsuri (T4)
|
Bina dua ayat:
- badan
- dasar
- rendah
|
Ayat pasif kepada ayat aktif
|
Nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan.
|
(a) Tema beserta huraian
peristiwa dalam sebuah novel.
(b) Satu perwatakan watak
sampingan dalam dua novel.
|
14.
|
Perak
|
Kepentingan pendidikan
kepenggunaan dan cara-cara melahirkan masyarakat berbelanja secara berhemat.
|
Cerpen Idola (T5)
|
Merah Silu (T4)
|
Sajak Bangkitlah (T5)
|
Bina dua ayat:
- haus
- gamat
- sidang
|
Cakap ajuk kepada cakap pindah.
|
Isi tempat kosong dengan peribahasa
|
(a) Cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh watak utama dalam sebuah novel.
(b) Satu pengajaran dalam dua
novel.
|
15.
|
Sarawak Zon B (Kuching)
|
Kebaikan bersukan dan cara-cara
memajukan mutu sukan negara.
|
Cerpen Hutan Rimba (T5)
|
Hikayat Langlang Buana (T5)
|
Sajak Adat Sezaman (T4)
|
Bina dua ayat:
- mendukung
- celik
- sempit
|
Cakap ajuk kepada cakap pindah.
|
Kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat.
|
(a) Beberapa peristiwa menarik
dalam sebuah novel.
(b) Cara watak utama menangani
satu konflik dalam dua novel.
|
16.
|
Melaka
|
Langkah-langkah melestarikan
tenologi hijau dan kekangan untuk melaksanakannya.
|
Cerpen Pungut Alias Zahara
Alias Yap Siew Hong (T5)
|
Hikayat Indera Nata (T4)
|
Sajak Adat Sezaman (T4)
|
Tulis dua ayat:
- bunga
- haus
- gugur
|
Tukarkan ayat kepada ayat
songsang.
|
Nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat yang diberikan.
|
(a) Huraikan tema dalam novel.
(b) Jelaskan satu nilai
ketabahan yang terdapat dalam dua novel.
|
17.
|
Perlis
|
Punca-punca obesiti dalam
kalangan murid dan langkah-langkah mengawalnya.
|
Cerpen Pungut Alias Zahara
Alias Yap Siew Hong (T5)
|
Hikayat Indera Nata (T4)
|
Sajak Harga Remaja (T4)
|
laga - melagakan
kabur - mengaburkan
diam - mendiamkan
|
Tukarkan ayat aktif kepada ayat
pasif.
|
Kemukakan peribahasa lain yang
sama maksud dengan peribahasa dalam ayat yang diberikan.
|
(a) Tema dalam sebuah novel.
(b) Satu latar tempat dalam dua
novel.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)