Wednesday, November 3, 2010

Teknik Menjawab Soalan KBKK

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tinggal beberapa hari lagi, SPM bakal menjelang tiba. Sama ada pelajar telah bersedia ataupun tidak..SPM pasti datang.

Dalam pengamatan saya..antara kelemahan pelajar menjawab soalan bahagian 2 (a) hingga 2(d) ialah soalan yang berhubung kait dengan soalan KBKK. Soalan KBKK biasanya menguji kemampuan dan kematangan pelajar menyampaikan atau menyatakan pendapat yang kritis, bernas. Namun hakikatnya, hingga kini (melalui excel 1 dan percubaan BM SPM) yang telah dijalankan di sekolah saya, masih terdapat kelemahan yang cukup ketara. Jika pelajar tidak dapat memberikan pendapat yang bernas sudah sudah markah yang akan diperoleh juga tidak memuaskan. Oleh sebab itu, dalam kesempatan ini, saya akan memberikan skema jawapan yang berhubung kait dengan soalan KBKK. Saya harap calon SPM 2010 mendapat manfaat daripada bahan ini.

Bagi kategori komsas soalan 2(b) rata-rata negeri meramalkan cerpen Lambaian Malar Hijau yang akan disoal dalam SPM. Sama ada betul atau tidak, pelajar harus menghayati dan menguasai semua aras soalan yang akan disoal.

Contoh Soalan KBKK:

Pada pendapat anda, apakah kepentingan hutan kepada kita?
- mengekalkan keseimbangan ekosistem
-memelihara flora dan fauna
-mengelakkan kejadian tanah runtuh
-mengawal iklim dan suhu

Jika anda di tempat Daneng, apakah yang akan anda lakukan untuk mengatasi masalah pembalakan secara haram di tempat anda?
- menghubungi pihak berkuasa dan memberitahu mereka tentang pembalakan haram yang berlaku.
-belajar dengan bersungguh-sungguh kerana melalui pelajaranlah saya akan mendapat jawatan seperti Pegawai Perhutanan bagi membendung masalah ini.
-cuba menyedarkan masyarakat tentang kesan-kesan aktiviti pembalakan haram.

Andaikan anda Daneng, apakah pandangan anda terhadap sikap Cikgu Jo?
- seorang guru yang mementingkan pelajaran
-bijak memberikan nasihat kepada pelajarnya
-penyayang terhadap pelajarnya
-sanggup berkorban/gigih sehingga sanggup pergi ke perkampungan orang asli

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat orang asli seperti Daneng perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan moden?
- supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia
-dapat mengubah/meningkatkan taraf hidup
-masa depan mereka akan terjamin
-tidak dipandang rendah oleh kaum lain


Kepada pelajar-pelajar atau guru BM yang mahu koleksi soalan KBKK Lambaian Malar Hijau..sila hantar email kepada saya secepat mungkin..saya akan email semua soalan KBKK komsas yang belum pernah keluar dalam SPM.


Thursday, September 9, 2010

Cerpen : Lambaian Malar Hijau

Tema:

Perasaan cinta akan alam sekitar dan kehidupan yang telah sebati dalam diri. Daneng tidak mahu meneruskan persekolahannnya kerana menganggap kehidupannya hanya sekadar mewarisi pekerjaan nenek moyangnya. Bagi Daneng tiada ada istilah "miskin" dalam kehidupannya dan masyarakat orang asli yg lain.

Persoalan:
1. Kegigihan guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab akan menentukan kejayaan pelajarnya. Contoh kegigihan Cikgu Jo memujuk Daneng meneruskan persekolahan akhirnya berbaloi dengan kejayaan Daneng dlm bidang akademik.

2. Ketenangan hidup di kawasan pedalaman yg masih kaya dgn alam semula jadi.

3. Kemiskinnan dan kemunduran hidup msykt org asli.

4. Pengeksploitasian hutan belantara oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

NILAI:
1. Kasih sayang : cth - Cikgu Jo sangat sayang akan Daneng sebagai pelajarnya.

2. Gigih dan cekal - Cth - Cikgu Jo begitu gigih memujuk dan menasihati Daneng supaya meneruskanan pelajaraanya.

3. Mengenang jasa - Cth : Daneng sentiasa mengenang jasa Cikgu Jo yg menasihati dan memberikan motivasi supaya meneruskan pelajarannya.

4. Amanah -Cth: Cikgu Jo merupakan seorang guru yg menjalankan tugasnya dgn amanah.

Syair Kelebihan Ilmu - Popular SPM 2010

lanBerdasarkan pengamatan dan kajian di berapa buah negeri..ternyata syair kelebihan Ilmu menjadi pilihan untuk disoal dalam BM SPM tahun ini. Oleh itu..paparan ini memberikan mauduk ringkas dan padat perihal Syair tersebut:

Tema:
kelebihan ilmu dan keistimewaan orang yang berilmu

Persoalan:
1. Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia
2. Orang yang memiliki ilmu/berilmu akan dipandang mulia
3. Ilmu membolehkan manusia hidup bahagia di dunia dan akhirat

Nilai Murni
1. menghargai - Ilmu wajar dituntut dan diamalkan oleh semua insan kerana ilmu membantu manusia dalam segala hal
2. Gigih - gigih untuk menuntut ilmu di dunia dan di akhirat
3. Hormat-menghoprmati - menghormati org yang berilmi
4. Cinta akan ilmu - ilmu ialah harta yang tidak dapat dihitung dgn kebendaan kerana ilmu perlu dicari dan dijadikan amalan hidup sepanjang hayat.

Monday, March 29, 2010

Kemahiran Merumus Karangan SPM

Salam 1Malaysia,
Rumusan merupakan aspek yang sangat penting dalam kertas Bahasa Melayu 2. Kemahiran merumus disoal dalam soalan 1 dan memperuntuk sebanyak 30 markah. Oleh sebab itu, pelajar perlu mempunyai kemahiran membaca yang pantas, cekap memahami intipati petikan dan bijak menyaring isi-isi tersurat mahupun isi tersirat. Jadi, untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam soalan rumusan, pelajar perlu memahami:
a. kata kunci dalam arahan soalan
b. menukarkan kata yang bersinonim dengan kata kunci
c. baca setiap perenggan dan cari isi yg menjurus kepada "kata kunci"
d. pastikan calon dapat mengenal pasti sekurangnya lapan isi tersurat
e. kefahaman yang mendalam perlu dijana untuk memudahkan pelajar memberikan idea/buah fikiran sendiri isi tersirat.
f. Untuk kesimpulan, pastikan pelajar mengaitkan kesimpulan dengan tema rumusan dan gunakan kata supaya.untuk sebagai cadangan/harapan calon.

Jika pelajar sudah biasa membuat rumusan dan mengikut panduan yang diberikan oleh guru bahasa Melayu, sudah pasti markah yang tinggi menjadi milik pelajar.

Kalau bukan anda siapa lagi?

Tuesday, March 23, 2010

Terima kasih, Cikgu

Salam hormat dan salam 1Malaysia,
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan guru Bahasa Melayu, terutamanya kepada Cikgu Zaki, Cikgu Razak, Cikgu Ghalib, Cikgu Musri Kadir, Cikgu Kassim, Cikgu Azam, Cikgu Tan dan semua blogger yang telah membantu saya dan pihak sekolah SMK.Narinang dalam menempuh SPM 2009. Saya sudah lama menabur bakti di sekolah ini, namun keputusan SPM 2009 pada saya merupakan LUAR BIASA kerana peningkatan peratus yang memberangsangkan. Sekadar perkongsian, bilangan 94 orang dapat A (A+, A, A-) dengan 99.61 &. Hanya seorang sahaja yang kurang bernasib baik. Keputusan hebat ini, tidak datang dengan sendirinya. Melalui semangat yang berkobar-kobar dalam diri pelajar dan juga motivasi guru membimbing pelajar serta kerjasama semua ibu bapa merupakan pemangkin kecemerlangan ini. Saya berharap, kecemerlangan ini diteruskan pada SPM 2010..Mudah-mudahan dengan keputusan ini menjadi pendorong kepada pelajar dan guru BM termasuk saya..

Friday, February 19, 2010

Antologi Sumpah 152

Saya mendapat sms daripada sahabat baik saya Sdra SM Zakir - bahawa Antologi Sumpah 152 terbitan GAPENA, PENA telah dilancarkan dengan jayanya. Beliau juga menyatakan bahawa dua buah puisi saya juga termuat dalam antologi tersebut. Terima kasih banyak kepada SM.Zakir. Mudah-mudahan karya seterusnya akan menyusul dan terus mewarnai penulisan puisi di Malaysia.

Seminar Penulisan & Kerjaya Bahasa Sempena Bulan Bahasa SMK.Sungai Damit, Tamparuli

Sahabat baik saya, Cikgu Maikol Yapat menghubungi saya lewat sms dan telefon menyatakan undangan kepada saya untuk berkongsi sedikit ilmu dalam bidang penulisan. Saya menerima undangan dengan hati terbuka dengan dua perasaan, pertama-memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan teknik penulisan kepada peserta secara berkesan di samping memberikan pendedahan kepada semua peserta supaya menjadi pelajar yang bukan sahaja lulus cemerlang dalam peperiksaan khususnya mata pelajaran bahasa Melayu, malah lebih daripada itu nescaya menjadi penulis Sabah yang terkenal seperti Jasni Matlani, Hasyuda Abadi, Amil Jaya. Perasaan kedua - inilah peluang kepada saya untuk memberikan gambaran yang jelas kepada semua peserta bahawa bidang penulisan dapat memberi nilai tambah atau boleh menjanjikan peluang kerjaya yang cukup lumayan. Saya selalu berfikiran positif bahawa bidang bahasa seperti juga bidang yang lain (perubatan, kejuruteraan, kewangan) menawarkan kerjaya masa depan yang cemerlang kepada pelajar. Sebagai bukti, lihat sahaja Dr.Jeniri Amir, penulis prolifik Malaysia yang sudah membuktikan kepada masyarakat umum bahawa menulis boleh mendatangkan duit. Mudah-mudahan ceramah yang sudah disampaikan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta. Saya mahu melihat karya pelajar dari SMK.Sungai Damit mendapat tempat di surat khabar di Sabah.

Terus Menulis.