Thursday, June 30, 2011
Klinik Bahasa, DBP Cawangan Sabah Kali Ke-55
Saturday, June 11, 2011
Menabur Benih Kejayaan
Tinggal sehari lagi, pelajar-pelajar akan kembali semula ke sekolah setelah dua minggu menikmati cuti penggal pertama. Cikgu harap semua tugasan yang diberikan telah disiapkan dan seterusnya dihantar kepada cikgu pada hari Isnin jam 7.00 pagi. Sila bersedia untuk sesi pengajaran dan pemelajaran penggal kedua ini kerana kita perlu bekerja keras untuk memastikan KPI Bahasa Melayu sekolah kita menjadi kenyataan. Kalau pelajar di sekolah lain boleh mencapai keputusan yang cemerlang, kenapa kita tidak? Tepuk dada sendiri di situ pasti ada jawapannya. Ayuh pelajar-pelajar SMK Narinang- kita teruskan perjuangan.. Kita menabur ketekunan,kesabaran...pasti kita akan menuai kejayaan dan kecemerlangan.
Ni kali lah bah.....
Progam Motivasi SK Tuguson 2011

Syabas dan tahniah kepada Guru Besar SK Tuguson, Kota Belud, Encik Salgaring Wahit dan AJK Program Motivasi SK Tuguson kerana telah berjaya mengadakan program motivasi. Tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa pelajar yang telah datang dan memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Terima kasih kerana menjemput saya sebagai penceramah motivasi semasa program tersebut. Ingatlah apa yang kita tabur itulah yang kita tuai.
Friday, June 10, 2011
Modul Sinergi Komsas 2011
Modul Sinergi Komsas yang dihasilkan oleh panel penulis yang terdiri daripada Guru Cemerlang Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah) bakal diterima oleh semua guru Bahasa Melayu di Sabah dalam Semester Kedua nanti. Diharap semua guru BM khususnya yang mengajar Tingkatan 4 dan 5 supaya bersabar. Pastinya modul tersebut akan membantu guru mengajar komsas dengan lebih berfokus.
Cikgu Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu/
Penulis/Panel Pemurnian Modul Sinergi Komsas
Tuesday, May 31, 2011
Panduan Bina Item Bahasa Melayu SPM
Salam 1Malaysia,
- Pembinaan item/ soalan Bahasa Melayu merupakan aspek penting yang seharusnya dijadikan keutamaan oleh setiap guru Bahasa Melayu di sekolah. Malangnya, sehingga ini masih kedengaran desas-desus soalan atau item yang dibina tidak menepati piawaian atau kriteria yang sewajarnya.Ada yang mengadu, soalan yang diberikan kepada pelajar adalah 'copy n paste' daripada mana-mana buku rujukan yang ada di pasaran. Ada pula yang mengatakan, soalan yang digubal tidak menepati atau memenuhi standard soalan aras SPM yang sebenar. Akibatnya, kredibiliti dan kewibawaan guru dipersoalkan oleh pelajar dan juga ibu bapa pelajar. Jika hal yang seumpama ini berterusan, kita bimbang, pelajar dan pihak ibu bapa tidak akan menghormati dan mempercayai wibawa guru yang mengajar anak-anak mereka.
- Bagaimanakah membina item Bahasa Melayu dengan baik?
- Apakah kandungan kertas soslan Bahasa Melayu kertas 2? Kertas BM Kertas 2 dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Soalan 1 (Rumusan -30markah), Soalan 2 (Pemahaman-35 markah), Saoaln 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa -30 markah) dan Soalan 4 (Novel-15 markah).
- Soalan 1: Rumusan (30 markah) : Kriteria pembinaan soalan Rumusan:
- 1. Bahan petikan - berupa bahan ilmiah yang diambil daripada majalah ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Kosmik, Dewan Budaya, Utusan Malaysia, Berita Harian, Majalah Pendidik.
- 2. Jumlah perkataan antara 330 -380 patah perkataan
- 3. Petikan menyentuh pelbagai isu semasa yang positif
- 4. Petikan tidak menyentuh peribadi/negara/politik/agama/bangsa atau isu-isu sensitif
- 5. petikan tidak memberikan nilai komersil kepada syarikat/individu
- 6. Kandungan petikan memberikan keadikan kepada semua calon (bandar/luar bandar)
- 7. Proses ubah suai berlaku ( tiada had/batasan)
- 8. Perenggan antara 3 - 5 perenggan
- 9. Petikan mengandungi antara 7 - 10 isi tersurat
- 10.Taburan isi tersurat berselerakan
- 11. Kata penerang kepada isi tersurat/penanda wacana/arahan soalan perlu dielakkan
- 12. Petikan tidak mengandungi isi-isi yang dikemukakan sebagai soalan isi tersirat.
- 13. Nama penulis, tajuk rencana dan sumber mesti dinyatakan.
Mudah-mudahan dengan perkongsian membina item/soalan rumusan ini dapat membantu rakan-rakan guru BM. Panduan membina soalan item yang lain akan dibincang pada sesi yang lain...selamat membina item.
Tuesday, May 24, 2011
Motivasi Pelajar UPSR , SK Tuguson 2011
Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Tuguson, Encik Salgaring kerana menjemput saya sebagai penceramah motivasi pelajar kepada calon-calon UPSR SK Tuguson pagi ini. Saya melihat jauh dalam lubuk hati ibu bapa yang hadir akan harapan tinggi menggunung terhadap anak-anak mereka. Semoga dengan sesi musabah diri yang terjadi pada sesi motivasi tadi menjadi pemangkin dan pencetus semangat kepada calon-calon UPSR 2011.
Tahniah Cikgu Salgaring dan semua guru SK Tuguson. Lakukan yang terbaik.
Cikgu Juilils Mokujal
Penceramah Motivasi UPSR 2011
Thursday, April 21, 2011
Teknik Menjawab BM SPM dan Apresiasi Kesusasteraan Melayu SPM SMK Tamparuli 2011
Pertamanya, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nurul, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Cikgu Pius, Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu, SMK Tamparuli yang sudi menjemput saya menyampaikan ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 11 dan Kesusasteraan Melayu SPM pada 21 April 2011. Program seumpama ini merupakan satu usaha yang sangat murni dan berguna kepada semua calon yang akan menghadapi SPM 2011. Kesungguhan dan minat semua pelajar yang berjumlah 278 orang (setakat ini paling ramai di SMK Tamparuli berbanding tahun sebelumnya) menunjukkan komitmen berterusan Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Tamparuli. Oleh itu, saya mengharapkan semua calon telah mendapat manfaat yang tidak terhingga melalui program tersebut. Sasaran 100% bukanlah sesukar mana andainya semua calon berusaha bersungguh-sungguh mencapai target yang dihasratkan itu. Kepada semua guru yang hadir, terima kasih atas komiten cikgu dan marilah kita terus berjuang mendidik anak-anak bangsa kita. Kalau bukan kita siapa lagi?
Subscribe to:
Posts (Atom)
