Merupakan seorang guru Bahasa Melayu di SMK.Narinang, Kota Belud, Sabah. Seorang penulis kritikan sastera di Sabah dan menang hadiah Kritikan Sabah Sabah 2006/2007. Menulis puisi, cerpen, berita. Karya-karya kreatif beliau termuat dalam Antologi Serindit Pagi(1990), Luka Gaza (2009), Resam (DBP 2007), Suara Kita (Persatuan Karyawan Perak,2006).Menjadi penceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM di beberapa buah sekolah seperti SMK.Limbanak, Penampang, SMK.Sungai Damit, Tamparuli, SMK.Tombulion, Kota Belud, SMK.Tamparuli, SMK.Taun Gusi, SMK.Pekan 2, dan beberapa buah sekolah rendah di Zon Selatan, Kota Belud. Terlibat sebagai fasilitator PLKN bagi Modul Penghayatan Sastera dan Budaya. Mempunyai kemahiran mendendangkan gurindam, seloka, menyanyi, mendeklamasi puisi dan menulis lirik lagu puisi. Pernah membawa kumpulan Kencana ke peringkatan kebangsaan bagi pertandingan Puisi & Lagu tahun 2007. Beliau menjadi AJK Tertinggi Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan ahli Karyawan Malaysia.
No comments:
Post a Comment