Monday, March 29, 2010

Kemahiran Merumus Karangan SPM

Salam 1Malaysia,
Rumusan merupakan aspek yang sangat penting dalam kertas Bahasa Melayu 2. Kemahiran merumus disoal dalam soalan 1 dan memperuntuk sebanyak 30 markah. Oleh sebab itu, pelajar perlu mempunyai kemahiran membaca yang pantas, cekap memahami intipati petikan dan bijak menyaring isi-isi tersurat mahupun isi tersirat. Jadi, untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam soalan rumusan, pelajar perlu memahami:
a. kata kunci dalam arahan soalan
b. menukarkan kata yang bersinonim dengan kata kunci
c. baca setiap perenggan dan cari isi yg menjurus kepada "kata kunci"
d. pastikan calon dapat mengenal pasti sekurangnya lapan isi tersurat
e. kefahaman yang mendalam perlu dijana untuk memudahkan pelajar memberikan idea/buah fikiran sendiri isi tersirat.
f. Untuk kesimpulan, pastikan pelajar mengaitkan kesimpulan dengan tema rumusan dan gunakan kata supaya.untuk sebagai cadangan/harapan calon.

Jika pelajar sudah biasa membuat rumusan dan mengikut panduan yang diberikan oleh guru bahasa Melayu, sudah pasti markah yang tinggi menjadi milik pelajar.

Kalau bukan anda siapa lagi?

Tuesday, March 23, 2010

Terima kasih, Cikgu

Salam hormat dan salam 1Malaysia,
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan guru Bahasa Melayu, terutamanya kepada Cikgu Zaki, Cikgu Razak, Cikgu Ghalib, Cikgu Musri Kadir, Cikgu Kassim, Cikgu Azam, Cikgu Tan dan semua blogger yang telah membantu saya dan pihak sekolah SMK.Narinang dalam menempuh SPM 2009. Saya sudah lama menabur bakti di sekolah ini, namun keputusan SPM 2009 pada saya merupakan LUAR BIASA kerana peningkatan peratus yang memberangsangkan. Sekadar perkongsian, bilangan 94 orang dapat A (A+, A, A-) dengan 99.61 &. Hanya seorang sahaja yang kurang bernasib baik. Keputusan hebat ini, tidak datang dengan sendirinya. Melalui semangat yang berkobar-kobar dalam diri pelajar dan juga motivasi guru membimbing pelajar serta kerjasama semua ibu bapa merupakan pemangkin kecemerlangan ini. Saya berharap, kecemerlangan ini diteruskan pada SPM 2010..Mudah-mudahan dengan keputusan ini menjadi pendorong kepada pelajar dan guru BM termasuk saya..