Saturday, April 13, 2013

Pecutan April...

Kepada semua anak-anak didik sekalian, mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidaklah sesukar mana seandainya pelajar bermula lebih awal. Kini anda melalui bulan April yang bermakna sudah empat bulan anda mengisi pelbagai program tahun 2013. Adakah anda sudah bersedia atau masih diapung mimpi 2012, hanya anda yang tahu jawapannya. Sebaiknya, mulalah memecut dari sekarang. Jangan tunggu lama ya...

Wednesday, February 13, 2013

Mencari Bintang

Sejak akhir-akhir ini banyak program yang berkaitan dengan pencarian seorang bintang yang mempunyai pakej menarik, lengkap dan memberikan aura kepada industri seni tanah air. Program seperti ini sememangnya mendapat  tarikan yang hebat daripada golongan muda. Sebagai seorang pelajar pula, sesungguhnya anda juga seharusnya seperti golongan muda yang lain iaitu mempunyai cita-cita yang tinggi melangit untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan terbilang dalam peperiksaan SPM 2013. Gali dan usahakan matlamat anda. Pasti semuanya menjadi realiti. Teringat kata-kata yang berbunyi "orang yang menabur sambil mencucurkan air mata akan pulang dengan kemenangan'. Anda bagaimana..ni kalilah!

Salam hormat. Bersambung coretan seterusnya