Sunday, November 15, 2009

Istimewa untukmu

Istimewa untukmu
(calon-calon SMKN 2009)


18 Nov menerpa di pintumu
terbentang masa depan gemilang
sejuta bintang bercahaya di atasmu
telapakmu semakin jauh di sempadan kenanganku

Istimewa untukmu
ayuh lewati onak berduri
kakimu pantas berlari
jemarimu ligat menari
pada kanvas putih masa depanmu

usah kau biar kenangan lalu
menggamit sedihmu
kerana langkah pertamamu
itulah doaku.

Cikgu Juilis Mokujal
Guru Bahasa Melayu
SMK.Narinang,
Kota Belud

2 comments:

  1. sebuah puisi yg boleh memberi inspirasi kpd sesiapa yg membacanya.......teruskan mencipta lebih byk puisi yg indah2 dan terima kasih atas tunjuk ajar & bimbingan yg cikgu berikan kpd sy selama ini.......God Bless You and Your Family.....

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa pada Dia yang membuka langit-langit berkat kepada kita. Kadang-kadang dalam kesempitan waktu..kita kebinggungan apa yang perlu dilakukan. Tapi percayalah, Dia pasti buka jalan..bahkan jalan-Nya luas terbentang untuk kita semua. Kebanggaan seorang guru ialah apabila anak didiknya menjadi manusia yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, negara dan kepada Tuhannya. GBU

    ReplyDelete