Wednesday, November 3, 2010

Teknik Menjawab Soalan KBKK

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tinggal beberapa hari lagi, SPM bakal menjelang tiba. Sama ada pelajar telah bersedia ataupun tidak..SPM pasti datang.

Dalam pengamatan saya..antara kelemahan pelajar menjawab soalan bahagian 2 (a) hingga 2(d) ialah soalan yang berhubung kait dengan soalan KBKK. Soalan KBKK biasanya menguji kemampuan dan kematangan pelajar menyampaikan atau menyatakan pendapat yang kritis, bernas. Namun hakikatnya, hingga kini (melalui excel 1 dan percubaan BM SPM) yang telah dijalankan di sekolah saya, masih terdapat kelemahan yang cukup ketara. Jika pelajar tidak dapat memberikan pendapat yang bernas sudah sudah markah yang akan diperoleh juga tidak memuaskan. Oleh sebab itu, dalam kesempatan ini, saya akan memberikan skema jawapan yang berhubung kait dengan soalan KBKK. Saya harap calon SPM 2010 mendapat manfaat daripada bahan ini.

Bagi kategori komsas soalan 2(b) rata-rata negeri meramalkan cerpen Lambaian Malar Hijau yang akan disoal dalam SPM. Sama ada betul atau tidak, pelajar harus menghayati dan menguasai semua aras soalan yang akan disoal.

Contoh Soalan KBKK:

Pada pendapat anda, apakah kepentingan hutan kepada kita?
- mengekalkan keseimbangan ekosistem
-memelihara flora dan fauna
-mengelakkan kejadian tanah runtuh
-mengawal iklim dan suhu

Jika anda di tempat Daneng, apakah yang akan anda lakukan untuk mengatasi masalah pembalakan secara haram di tempat anda?
- menghubungi pihak berkuasa dan memberitahu mereka tentang pembalakan haram yang berlaku.
-belajar dengan bersungguh-sungguh kerana melalui pelajaranlah saya akan mendapat jawatan seperti Pegawai Perhutanan bagi membendung masalah ini.
-cuba menyedarkan masyarakat tentang kesan-kesan aktiviti pembalakan haram.

Andaikan anda Daneng, apakah pandangan anda terhadap sikap Cikgu Jo?
- seorang guru yang mementingkan pelajaran
-bijak memberikan nasihat kepada pelajarnya
-penyayang terhadap pelajarnya
-sanggup berkorban/gigih sehingga sanggup pergi ke perkampungan orang asli

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat orang asli seperti Daneng perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan moden?
- supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia
-dapat mengubah/meningkatkan taraf hidup
-masa depan mereka akan terjamin
-tidak dipandang rendah oleh kaum lain


Kepada pelajar-pelajar atau guru BM yang mahu koleksi soalan KBKK Lambaian Malar Hijau..sila hantar email kepada saya secepat mungkin..saya akan email semua soalan KBKK komsas yang belum pernah keluar dalam SPM.


1 comment:

  1. Salam Cikgu Juilis,
    Untuk pengetahuan cikgu, berikan perhatian kepada cara / tindakan / langkah mengatasi sesuatu masalah yang diketengahkan, seperti isu kemusnahan hutan ataupun pembalakan haram. Sekian.

    ReplyDelete