Friday, August 7, 2009

Sajak -Anak Laut

Soalan 2(d) Petikan Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ANAK LAUT

Segar angin laut
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisi ikan
kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati.

Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan urat-urat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada muara Pencipta

RAHIMIDIN ZAHARI
Antologi Anak Laut

i. Mengapakah penyajak menyatakan dirinya bagai buih kecil terapung di air? (3 markah)
ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah gambaran kehidupan masyarakat nelayan seperti yang terdapat dalam sajak tersebut dapat ditingkatkan supaya menjadi lebih baik? (3 markah)
iii.Nyatakan persoalan-persoalan yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajak tersebut? (3 markah)

Kepada semua pelajar cikgu di SMK.Narinang, saya bersukacita jika anda mencuba menjawabnya dan emel jawapan anda kepada saya (juilis7868@gmail.com) . Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..bah!

2 comments:

  1. Cikgu, boleh tolong muatkan kaedah mengajar komsas untuk pelajar menengah rendahkah? Boleh bah kalau kau kan>>

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana melawat blog saya. Pengajaran KOMSAS sama ada menengah atas atau bawah boleh disampaikan melalui beberapa kaedah. Salah satu yang boleh diaplikasi ialah Kaedah Simulasi. Kaedah simulasi adalah satu satu situasi pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan situasi yang serupa dengan situasi yang sebenar bagi tujuan menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Kaedah simulasi ini digunakan dalam proses P&P bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-satu isu yang timbul dalam pemelajaran dapat diselesaikan

    Contoh:
    Guru memilih tajuk simulasi yang berkaitan dengan komsas (cerpen/drama/novel/sajak) yang diajar pada hari itu. Pelajar-pelajar yang diberikan tugas melakonkan situasi itu diberikan kelonggarkan untuk menunjukkan kreativiti lakonan sendiri. Dengan teknik yang digunakan itu akan dapat menarik minat pelajar mengikuti pengajaran guru selanjutnya.

    (bersambung....)

    ReplyDelete